Sunday, 21 March 2021

Extensions dan Apps Yang Membantu Untuk Study!


Hai hello, assalamualaikum! Fuh, berhabuk dah blog ni sebab dah start kelas bulan 10 hari tu T.T so ni cuti sem baru je habis and dah masuk new sem dah ehehe so leggo! Lama betul hiatus. 

Okay, mana nak start ni? Haa, sepanjang ODL yang hybrid, sebab course I ada praktikal and klinikal session, so hybrid (Certain subject online, certain ftf), Marsya dah discovered banyak apps and Google Extensions yang best untuk study ni! But hari ni kita touch 6 je yang memang my favourite which are : Microsoft OneNote, Google Doc, Google SlidesNotion, Diigo, MyBib Citation Generator.




Leggo!


1. Microsoft OneNote



Microsoft OneNote ni dah lama ada dalam laptop kita tapi kita je tak sedar kewujudan dia. But, ada one day I discovered through YouTube sebab nak cari inspirasi macam mana nak buat note taking for ODL class, then saw this YouTube Channel (can't remember the name) dia guna apps Microsoft OneNote ni and I tell you what??? membantu gilaaaa! Despite being eco-friendly sebab kita tak menggunakan kertas, laju lagi nak menaip daripada menulis and boleh guna Font lawa-lawa instead of tengok tulisan sendiri yang hmmmm ni hahaha. 

Kalau rasa best menulis, jangan risau! Boleh jugak download OneNote thru Apps Store and Google Play and buat notes guna tablet or smartphone korang. 


Yang penting kena ada stylus for better writing. Dekat smartphone might be susah sikit nak menulis notes ni but dekat tablet sangat puas hati ye kalau tulisan tu lawa, haa lagilah. But I don't have a tablet, so stick with typing notes :) 

Dalam ni juga kita boleh bahagikan notes kalau nak buat ikut semester, then dalam note semester tu bahagikanlah ikut subjek, then dalam subjek tu pula, boleh buat pecahan untuk bab atau topic. 


Menarik kan sebab sangat convenient! Kalau kita sync kan Account One Drive dekat laptop or tablet kita to smartphone, kita boleh juga selak notes yang kita dah buat tu time bosan so no worries! Notes ada di mana-mana and boleh spend time waktu lapang dengan scroll sahaja. 

2. Google Docs & Google Slides



Ramai yang ada apps ni dalam phone but kurang tau apa dia boleh buat so leggo! Google Docs ni macam Microsoft Words but kita boleh guna at the same time beramai-ramai tau. Cara dia is by sharing link file Google Docs! 






Jangan lupa edit setting bagi open and jadikan viewer as editor. Senang kan kalau buat assignment macam ni? Tak payah tunggu sorang sorang hantar file part masing-masing then nak compile lagi. Kita edit je terus dalam satu file yang sama. At the same time boleh juga check kan salah member kita yang lain tu.

Same goes Google Slides! Kalau nak buat presentation online or ftf haa senang tau. Lagi-lagi corona ni kita tak boleh nak duduk sekali berbincang buat slides. Lepas sorang member punya part dah siap, share link slides, and orang lain akan sambung slides tu. Template pun dah selaras sebab kita guna link yang sama untuk edit. Easy peasy :> 

3. Notion



Notion Workspace ni actually to me it's a private blog and digital journal. Dalam ni kita boleh bahagikan section untuk buat journal, to-do list, wishlist, references untuk further research, timetable for school, notes for school, targets dalam proforma subjects and much more. Sangat deep ye apps ni and Marsya pun still tengah discover this workspace apps and well, my lazy self memang akan tertangguh benda ni but I'll try to stick on this app starting next semester! 

Boleh go through YouTube Channels tutorials and tips on how to use Notion and tengok macam-macam cara boleh guna nak bahagikan workspace and how to use the function. If ada YouTuber baik, dia akan sertakan sekali link sharing Template so korang boleh je guna template tu if berkenan then design sendiri inside out! 

Tak boleh nak share sangat Notion ni sebab I'm still new with this but I'll try my best to update you guys if ada improvement :p

4. Diigo



Hilang link untuk letak dekat reference assignment? Nak baca sambil highlight dekat website? Jangan risauu! Guna Diigo Chrome Extension ni paling membantulah setakat ni. Apps ni, kena login tau then baru korang boleh selak balik dalam Gallery apa yang korang dah highlight tu! 


A169693 is my username, click it to go to your gallery


Tengok ni semua yang point penting Marsya dah highlight kan. If nak letak notes point kita highlight tu untuk apa, boleh juga Add Comment and take note dalam tu which point kita highlight ke and for what. Then boleh tutup semua tabs banyak-banyak dekat browser tu sebab we have Diigo now!


Cara-cara highlight



So you only need Google Doc / Microsoft Words and split the screen je sekarang and go through Diigo Gallery untuk rujuk balik important point yang dah dihighlightkan tadi sahaja. Tak payah susah-susah nak cari balik through article panjang dah the only points yang kita nak rujuk dah highlighted! 



Masalah nak cari balik link reference? Dalam Gallery, korang boleh right-click dekat title article tu then copy link address and ppooff! That's it! You got the link! Everything dalam satu Chrome Extension sahaja! 

Kalau nak highlight PDF file, kena subscribe premium edition tau! 

5. MyBib Citation Generator


Haaa, dah seronok highlight guna Diigo tu jangan lupa, kita tak boleh copy direct je article tu and reference kita kena ikut format tau kawan-kawan, bukan main paste je lepas tu orang lain yang kena betulkan point and reference tu amboi >:(

Okay MyBib Citation Generator ni pula, bila buka satu website article or terus click icon MyBib and pilih format yang kita rasa nak guna. And Voila! MyBib akan auto generate in-text citation and reference format yang kita nak :D Yang ni pun boleh cari dekat Chrome Extensions juga tau!




Senang kan kerja, daripada kita susah-susah nak Google balik sebab asyik terlupa macam mana format nak buat reference and citation, or kita ni groupmate yang pemalas, haa ambiklah awak semua apps dah memudahkan huhu 

Okay, kita dah sampai ke penghujung entry! Harap ni adalah serba sedikit membantu anyone yang berminat. ODL ni yes, agak susah to cope with, but sekarang dah banyak apps and extensions membantu students and lecturers so why not kita gunakan sepenuhnya kan <3 

Goodluck everyone yang tengah sekolah, mengajar di sekolah, belajar di Uni dan mengajar di Uni! We'll get through this okie <3

Done reading everything? Don't forget to follow my blog to show your support :> <3

3 comments:

  1. This is so helpful! I pun tengah nak adapt pakai OneNote before naik sem hehe, thank you for this!

    ReplyDelete
  2. Thank you for the tips! Aku juga sempat pakai OneNote tapi lama-lama susah mau konsisten, pasti ada rasa malas buat lanjut lagi haha. Anyway, ada aplikasi lain buat citation and bibliography namanya Mendeley, langsung syncronize ke Ms Word kita, bisa dicoba hehe;)

    ReplyDelete
  3. Anda memiliki blog informatif di sini, saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya di tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
    Hubungi Tuan Pedro
    Di Email:pedroloanss@gmail.com
    Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
    Mr Pedro menyediakan semua jenis pinjaman untuk pribadi atau bisnis

    ReplyDelete

Leave a comment here and follow me ♡

BLOGGER COPYRIGHT © 2020. ALL RIGHTS RESERVED BY MARSYA SABRINA