Tuesday, 15 September 2020

Coronacation in Malacca: Kenduri Time!

Hi hello and Assalamualaikum!

Baiklah ayuh menuju ke arah Day 2 short vacation kita ke Melaka ni 



Day 2 ni busy sangat sebab malam tu ha kenduri Abang Mia so dari petang kitorang deco pokok dekat depan rumah Mia. Memang gigihlah sampai panjat pokok huhu first in the kampung katanya buat photobooth macam tu but serious memang lawa sangat! Dalam lantern yang kitorang gantung tu ada mentol kitorang takut sangatlah budak-budak main tampar tampar ke habis tercabut mentol tu kang so ikat ketat-ketat guna dawai. 

Sampai dalam nak dekat 6pm jugaklah kitorang deco lilit lampu fairylight keliling pokok tu. Ada pulak time tu nak cari battery semua, so geraklah pergi Ecoshop beli battery, sambil sambil tu belilah apa-apa barang tak penting sebab Ecoshop kot. What do you expect?  Of course lah masuk plan RM2.10, balik bawa barang total RM210 XD seronok kot Ecoshop ~(- o - ~)

Dah settle deco barulah berhias semua siap mandi. I dengan Mia je gigih makeup haa yang Wina dengan Qama memang effortlessly beautiful T.T lama jugaklah makeup like betul betul beberapa minit majlis dah start semua baru siap berdandan huhu


Tukang angkat pinggan, bagi doorgifts

Tak ada gambar besanding sebab ni majlis makan-makan kecil sahaja memang untuk meraikan pengantin sebab yang sebelah perempuan dah buat dah.

Penatlah juga angkat pinggan semua, bagi doorgift,  ada pula time tu ada pakcik ni berkenan nak buat jadi menantu hahaha kelakar sungguh terkejut sistur. 

Ada sekali tu makcik ni tanya dekat Mia, " Mana pengantinnya? Yang tu ke?" tunjuk dekat si Qama sebab dia yang bagi doorgifts time tu XD Aduhai lawa sangat kawan aku ni sampai orang ingat dia pengantin

Majlis kalau buat malam memang singkat je and sekejap sangat tak silap start 7.30pm dalam 9.30pm tu dah siap berkurangan orang so time tu baru kitorang meratah ayam masak merah, sup tulang, lauk-lauk. Ada kek but sis tak makan kek T.T tahlah lately ni makan kek ke benda manis sangat rasa mual. So masuk lah 2 suap je kek but seriously sedap gila weh kek tu! Ada banyak je lauk but tu lah tak menyempat tangkap gambar dah masuk perut dulu sebab penat and lapar. Ni penat yang seronok tau sebab dengan member kan buat kerjanya so sangat fun!




But time tu ada orang smoke kot tak silap, so rasa sesak sikit nak pitam pun ada, disuruhnya rehat kejap dalam bilik. Baring-baring jap ambik oxygen and Alhamdulillah okay. Takut betul sebab time tu dah rasa nak jatuh. Then dah okay, sambil-sambil tu teman Qama solat. Kitorang dah settle keluar balik tolong kemas kemas. Dalam 10.30pm kot kitorang dah start angkat meja,  tangkap gambar lagi hahaha bergambor je ha then wrap balik semua barang simpan and selesai day 2!

Malam tu kitorang tengok Gonjiam: Haunted Asylum, cerita hantu Korea and superb! Dah pernah tengok dah before this and seram dia 1401324780913/10. Kali kedua tengok ni dah tau dah nak tutup mata time bila so dah ready. Kesian si Wina and Mia sebab diorang je tak tengok lagi XD Seronok sebab tengok dengan cousin-cousin and abang akak ipar Mia rasa macam dekat kampung sendiri pulak :')



Dan berakhir di situlah malam kedua dekat Melaka. Next post nanti sis update untuk Day 3 in Melaka dekat sini!

Au revoir, Marsya x

Done reading everything? Click the Bell Button below the header to give a Follow ♡

1 comment:

  1. hahaahha,lawak sis sy bace,btw selamat pengantin baru kpd abg mia..🌷

    ReplyDelete

Leave a comment here and follow me ♡

BLOGGER COPYRIGHT © 2020. ALL RIGHTS RESERVED BY MARSYA SABRINA