Hi Hello and Assalamualaikum!
Dah malam gini juga lah nak cerita some stuffs yang quite seram that happened to me but tak pernah nampak! Memang biasa dengar or rasa sahaja huhu.
Source: Pinterest |
Entry ni akan jadi panjang sikit sebab STORYTIME! Kita tak nak lengahkan masa jom!
1. CERMIN PECAH LEPAS BACAAN AYAT KURSI
Cerita dia bermula masa tu dekat maktab tak pasti form 3 kot? Time tu I punya cubemate dia ada mengadu sakit dekat bahagian kaki dia sebab tak ingat macam mana kitorang tahu but ada macam 'benda' budak kecil yang suka duduk dekat hujung katil cubemate I tu. Untuk pendekkan cerita, malam tu I memang tak suka benda macam tu and I macam tak percaya betul ke ada 'benda' tu dekat situ takut macam orang buat-buat je kan.
Then I mulalah 'event' before tidur. I rapatkan katil dengan cubemate I tu then ambil selimut sambil pukul selimut dekat every inch of katil, baca Surah Al-Fatihah, 3 Qul, and akhir sekali ayat kursi but ayat last sekali tu yang Walaa yauduhu hifzuhuma wahuwal'aliyyul'azim tu baca 7 kali.
Awal-awal ni tak ada apa lagi sambil baca tu I maybe geram kot so I macam berani gila.
Masuk je yang ke 7 kali nak ulang tu I memang pukul dekat area kaki katil cubemate I je, dengan tiba-tiba...
Source: Pinterest |
cermin I dekat atas meja study tu terus JATUH ke lantai and PECAH!
I check balik, katil tu tak bersentuh pun dengan meja study, angin kipas tak kuat, kenapa time tu boleh jatuh kan? Huhu so I ignore then tidur elok je malam tu dah (Y)
2. TANGKAP GAMBAR TIBA-TIBA JADI MUKA MENAKUTKAN
Kisah yang ni pula antara yang paling seramlah sebab memang confirm real masa baca Yasiin tu. Cerita dia time ni baru masuk maktab, MRSM Parit, Perak. Maktab kitorang ni baru buka masa tu 2012. Dorm kitorang ada 24 orang and kitorang aras 2. Aras 3 tak ada orang langsung tau sebab time ni ada 2 form je Form 1 and Form 4 sebab lepasan UPSR and PMR.
Tak silap kitorang baru 2 minggu dekat situ and still ada bawa phone with cameras even cikai-cikai pun ada je yang bawa sebab ingat boleh huhu. Dorm kitorang ni memanjang gabung 3 bilik, satu bilik ada 8 orang, Bilik 31, 32 and 33. I bilik 33 dulu and tak silap bilik kitorang tak cukup 2 orang lagi kot? Time malam tu I tengah kiwi kasut dekat luar bilik but duduk depan pintulah menghadap koridor.
Source: Pinterest |
Then tiba-tiba tengah syok ni haa kiwi kasut tiba-tiba terdengar dormmate macam menjerit tau. Mula tu dengar diorang gelak-gelak so ingatkan tengah happy-happy jerit ke apa lah but then tak. Tiba-tiba semua kecoh berkumpul dekat bilik tengah, which is bilik 32. Mulalah semua seriau sikit sebab semua orang time tu berkerumun macam takut so I pun melurulah masuk dalam tengok ada yang terduduk, ada yang menangis yang lain semua berkerumun je.
Bila minta semua cerita rupanya...
Diorang tengah main-main tangkap gambar masing masing then suddenly phone tu macam blank tak taulah rosak ke apa kan.So tekan-tekanlah button semua nak bagi on kan. Then suddenly...screen jadi putih blank macam baru nak on kot tak silap. Out of the sudden gambar tu terpampang but, muka diorang semua berubah dalam gambar tu. Ada gambar berdua and bertiga kot. But semua rambut jadi panjang, and mata ditompokkan hitam, mulut jadi senyuman yang menyeramkan gila. Terkejut lah sorang -sorang kan so phone tu tercampaklah dekat orang orang lain then tak silap ada orang ni islamik sikit, dia tengok gambar tu terus menangis takut weh sumpah serammm.
Source: Pinterest |
Then, kitorang yang masih mampu berjalan tu panggil lah senior-senior yang kitorang rapat time tu cerita semua then start baca Yasiin. Masa baca Yasiin pula...
Tiba-tiba tingkat 3, atas kitorang tu bunyi locker kena campak, katil besi kena lambung semua bising sangat.
Source: Pinterest |
Yang perasan semua dah cuak gak but kitorang semua try buat tak endah sebab nak habiskan jugak Yasiin and tak boleh takut sangat nanti lagi dia suka.
So tragedi malam tu berakhir di situ sahaja and tak silap patut besok tu kitorang balik bermalam huhu. Nasib dapat balik kalau tak, takut nak spend lagi semalam dekat situ. But all is well dah after that
3. BUNYI FLUSH TAPI SIAPA?
Cerita ni pula jadi masa I Form 5, dekat Maktab juga so bear with me banyak benda jadi dekat Maktab je sebab sekolah atas bukit dalam ladang getah hahaha.
Time sekolah menengah ni memang muka I berjerawat teruk so I've been constantly wearing bedak sejuk but nothing work but I still wear it juga lols. So satu malam ni I was on my to the toilet and tak ingat dalam pukul 11 or 12 kot tak silap. Tak rasa seram sangat sebab masa Form 5 ni semua level bawah sekali and tengah ASPURI ni ada court tau untuk beriadah, berzumba, bersenamrobik dan juga bersendu, eh.
Malam ni tak sunyi sebab ada lagi orang lepak dekat Court tu berkongsi perasaan. So tak kisah sangatlah on the way pergi toilet tu. Masa on the way tu ada bertembung dengan Jihah (bukan nama sebenar) so tegur macam biasa-biasalah like "Hi Jihah" " Hi Marsya" Then bertembung gitu-gitu je, I terus masuk toilet.
Masa tengah cuci muka tu memang confirm lah toilet tak ada orang langsung sebab semua pintu terbuka and certain je macam half terbuka. Masuk je tengah sapu bedak sejuk ...
Tiba-tiba ada bunyi flush.
Time tu terfikir lah "Oh, ni Jiha masuk balik kot"
BUT...
Tunggulah bunyi tapak kaki keluar toilet sebab nak tegur ke apa...
Sudahnya... TAK ADA LANGSUNG.
So fikir maybe lah orang tu pakai seluar ke, nak sambung ke apa en... But tak ada.
Dengan keberanian dan kekentalan dan perasaan ingin tahu ditanam sekali kebodohan..
SIS TERJAH SATU-SATU PINTU NAK CHECK MANA SATU YANG BERKUNCI.
Source: Pinterest |
BUT NO.
Tak ada satu pun kelibat orang.
ehek. Tak berlari masuk bilik, sebab dia suka kita takut so kita buat bodoh.
4. SIAPA JALAN ATAS RUMAH SETINGKAT?
Event yang ni jadi masa I stayed at my Nenek punya rumah with My Mom and Sister. Kitorang bawa kucing kitorang sekali sebab time tu tak ada orang nak jaga and kitorang stay quite lama.
Rumah nenek I ni setingkat, and bilik masuk pintu terus ruang tamu yang ada sliding door menghala parking rumah, straight dari ruang tamu tu terus dapur.
Masa malam ni dalam 1AM tak silap, I tengah belah donut nak sapu jam tengah-tengahnya sebab sedap hahaha so time tu I dekat dapur. Tapi, kucing I ada dengan I and dia bising mengiau dekat tingkap dapur dekat sink. Depan sink ni pulak memang terus belakang tu kebun kecil nenek I. Dia bising mengiau tak henti semua I macam jadi stress lah sebab I macam boleh agak kenapa dia mengiau tu.
I terus masuk bilik, makan dalam bilik and biar je dia dekat ruang tamu.
Source: Pinterest |
So I dah basuh tangan semua sebab settle makan, I pergi toilet so basahlah kan part kaki sikit.
I pergi dekat mangkuk kucing I sebab nak bagi makan sebab dia asyik mengiau so ingat lapar pula kali ni.
I tunduk, nak tuang tu tiba-tiba...
Ada angin lalu dari kanan ke kiri belakang I. Yang lagi seram, kipas tak on, aircond tak wujud...
Baru je nak sedapkan fikiran maybe angin,
BUNYI TAPAK KAKI MANUSIA BERLARI DEKAT ATAS SILING RUMAH SETINGKAT TU MENGHALA KE RUANG TAMU DARI DAPUR
Time tu juga lah kucing I berlari ikut bunyi tu lepas tu dia mengiau macam marah dekat sliding door ruang tamu like marah gila.
I terus dapat tangkap tu apa, I bawa kucing masuk bilik, terus cerita dekat Ibu.
Yang lagi buat relate gila benda sebab time tu tengah famous dekat Twitter user @LeAlterEgo sebab dia banyak buat thread seram yang berdasarkan kisah seram dia sendiri. Time tu memang musim siapa baca cerita akan kena kacau juga so yeap.
:D suka seram-seram ni.
5. GULI? ORANG ATAS KOT. RUMAH NI ATAS SEKALI!
Okay, ni paling latest jadi tak silap 2 minggu lepas. Rumah I ni rumah tingkat atas sekali so tak ada orang lah like confirmlah tak ada orang kan.
Time tu pula gatal nak mandi time Maghrib but belum Azan lagi.
Tengah mandi tu, tiba-tiba Azan Maghrib and at the same time ada bunyi guli...
So I just fikir "Tak ada apa ni, orang atas kot." Then I mandi jelah macam biasa tak fikir apa pun time tu.
Source: Pinterest |
Balik je dari mandi I nak cerita lah dekat kawan I...
Masa cerita tu tiba-tiba teringat...
"EH RUMAH AKU ATAS SEKALI"
Huhu, memang lah ada orang kata tu bunyi pressure pipe kan but no...I do trust in the other living things that we can't see and they're living with us too.
6. KENA SEMBELIH SEBAB TAK ULANG AYAT AN-NAS
Ini cerita last okay, ada banyak but ni paling teringat sebab I sendiri yang kena. Nasib tak terbang je time ni huhu.
Time ni Raya Haji and I was visiting my Grandparent and FYI my atuk sebelah mak ni memang berubat orang secara islamik, buang saka, bunuh jin, buang sihir semua dia.
Tengah-tengah makan tu I mengadu dekat Atuk I yang I asyik sendawa and sakit-sakit badan. Atuk I tak nak lah terus cakap tu jin ke apa then terus tanya
"Ada mimpi baby tak atau haiwan-haiwan berbisa?"
FUH.
1. I ada mimpi I bersalin, and I ambil baby tu.
2. I ada mimpi kena patuk dengan ular dekat dua-dua belah pinggang
Terus Atuk I senyum dia cakap...
"Ada jin dah suka kakak dia tak nak lepas."
Allahu... Seram.
Mula macam takut nak percaya and was like angin ni angin biasa kot. Atuk terus panggil I tiga beradik masuk bilik sekali dengan sedara mara semua sebab nak ruqyah.
Sepanjang ruqyah ni kena tutup mata and focus dekat ayat-ayat yang Atuk I baca tu so I did what's been told.
I tutup mata I dengar. But then I tak sedar. Badan I yang duduk tegak sandar dekat dinding tu dah jadi macam huruf "n" kecil. Like literally bend from tegak towards the left side macam magnet tapak kaki kuda tu. So diorang yang betulkan position I and I start berkerut and nak nangis tak tau kenapa. Nenek i dah ready plastik bag depan I sebab memang tahu tak lama lagi ni muntah lah.
I tak ingat ayat mana but I dah start muntah-muntah dah lebih 20 kali muntah.
Ada satu part ni Atuk I tanya, "Rasa benda bergerak dekat mana" Time tu dekat kaki kanan kot tak silap. So Atuk I suruh I pegang situ sambil dengar ayat yang Atuk I baca.
Then naik dekat perut, next JANTUNG! Atuk I ingat jantung ni last but dia degil sangat. Dia terus naik dekat kepala I. Atuk I suruh pegang kepala pula but ada lagi...
Atuk I ambil decision untuk sembelih I. I mean, the Jinn. Huhu
Time sembelih punya proses, lengan Atuk I dekat leher I and memang time ni semua yang join ruqyah dah jauh dah duduk sebab diorang tak ada apa apa hahaha
Sepanjang baca ayat tu, Atuk I punya lengan dekat leher I and dia baca semua semua macam suara yang kerah benda tu untuk keluar.
3 kali sembeli kot tak silap dah lupalah sebab setiap kali 3 Qul tu kena sembelih guna lengan.
I dah baring time tu, tangan dekat leher. And Atuk I suruh ulang apa ayat yang dia sebut semua.
Surah Al-Ikhlas, PASS. Surah Al-Falaq, PASS! Surah An-Nas. FAIL.
Surah ni paling Jinn takut tak silap.
Source: Pinterest |
And I tak boleh nak ulang langsung ikut yang Atuk I baca. Tiga kali atuk I ulang " Qul A'udzubi rabbinnas."
TAK BOLEH.
Tiga kali ulang, tak boleh juga. I menangis sebab tak boleh sebut tiba-tiba.
Atuk I paksa, and I pun rasa dah lembik time tu. I paksa juga sebut and Alhamdulillah, lepas ayat last An-Nas tu I muntah yang panjang dan lama sangat.
Atuk I cakap tu yang dah suka dekat I.
And nenek I cakap maybe saka tak tau dari belah mana dan asal usul dia semua.
Bayangkan, I muntah lebih 20 kali sepanjang ruqyah.
1 muntah maksudnya 1 JINN.
Wow, berapa banyak bertenggek dekat I selama ni. Dan untuk pengetahuan semua, muntah tu sumpah bau busuk gila nak mati weh.. Like dia muntah yang clear, but busuk nak mati.
That was the scariest thing that happened to me and there lot more huhu.
Harap semua okay lah ye cerita ni and tak adalah seram mana pun kalau baca malam-malam.
Okay see ya tomorrow in next post!
Au Revoir, Marsya x
huaaa takutnya baca cerita last! but you're very brave la
ReplyDeleteI dah biasa ikut atuk dari kecik pergi berubat semua, so bukan berani but kurang takut AHHAHAHA XD
DeleteAnda memiliki blog informatif di sini, saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya di tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
ReplyDeleteHubungi Tuan Pedro
Di Email:pedroloanss@gmail.com
Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
Mr Pedro menyediakan semua jenis pinjaman untuk pribadi atau bisnis